Najibah Mohd Zin

Profesor Dr Najibah Mohd Zin ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[1]. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam Malaysia (PISWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2019[2]. Beliau pernah terlibat membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia[3]. Beliau pernah menjadi Felo Pelawat di Universiti Nasional Singapura pada 2005 dan di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford pada tahun 2010–2011[4].

Najibah Mohd Zin

Pekerjaan Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Karya terkenal Daleleer Kaur Randawar; Najibah Mohd. Zin (2019). The Law On Domestic Violence In Malaysia. Gombak: IIUM Press. ISBN 9789674184834.
Pendidikan
  • B.A Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • M.A Perbandingan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ph.D Perbandingan Undang-Undang, Kolej Glasgow
Kelahiran
Najibah binti Mohd Zin